Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Di kawasan Kalabakan ada 2 kerusi DUN yang akan ditandingi oleh BN. DUN... - Najib Razak

Di kawasan Kalabakan ada 2 kerusi DUN yang akan ditandingi oleh BN. DUN…

By Saturday September 12th, 2020 No Comments

Di kawasan Kalabakan ada 2 kerusi DUN yang akan ditandingi oleh BN.

DUN Kukusan, calon kita saudari Chaya Sulaiman.

DUN Tanjung Batu, calon kita saudara Andi Muhammad Surady Bandy.

Kepada penduduk Kalabakan, saya Najib Razak ada satu permintaan.

Boleh bantu saya menangkan BN?

Beri peluang kepada mereka berdua jadi wakil rakyat di sini.

Dengan semangat, pengetahuan luas dan pengalaman mereka.

Ditambah lagi dengan sokongan jentera dan seluruh warga BN di sini.

Saya yakin mereka akan dapat memberikan bukan sahaja perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Sudah tentu tiada janji kosong kerana BN sentiasa tepati janji.

Lebih penting lagi, mereka dapat jadi suara rakyat di Dewan Undangan Negeri nanti.

Saya percaya keseimbangan kuasa dan kestabilan amat penting bagi Sabah.

2 tahun yang berlalu ini, yang rugi dan sengsara hanyalah rakyat Sabah.

Rampasan kuasa oleh Warisan/PH daripada BN, kegagalan pentadbiran negeri ini dan kejatuhan ekonomi.

Kesannya besar kepada rakyat.

Kini tiba masanya kita betulkan semula dan kembalikan Sabah menjadi sebuah negeri yang kita benar-benar berasa bangga.

Undilah Barisan Nasional.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157351720075952/

Leave a Reply