Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Di Dewan Negara pag ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah... - Najib Razak

Di Dewan Negara pag ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah…

By Rabu September 12th, 2018 No Comments

Di Dewan Negara pag ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah umumkan kerajaan PH tidak ada rancangan untuk menurunkan harga petrol kepada RM1.50.

“Saya mencari di mana RM1.50 (disebut) dalam buku PH, tetapi tidak ada. Tidak tahulah jika ada pihak yang dalam keghairahan berkempen menjanjikan perkara itu,” katanya.

Memang tersebar luas banyak bukti dalam bentuk video bahawa ketika berkempen untuk PRU14 (bukan PRU13 sahaja), ada yang berjanji harga petrol akan turun sehingga RM1.50 atau RM1.70 apabila PH menang.

Memang tidak tercatat secara hitam putih di buku manifesto mereka untuk harga petrol turun kepada RM1.50. Tetapi yang tercatat jelas secara hitam-putih, janji seperti Kad Sihat Rakyat, mengembalikan royalti 20%, hapuskan hutang FELDA pun mereka tidak tepati.

Pada pendapat saya, janji-janji yang di beri dalam ceramah-ceramah ataupun kenyataan akhbar mereka juga patut ditepati. Jangan mengambil kesempatan untuk menipu rakyat yang tidak membaca buku manifesto yang begitu tebal itu.

Jika anda berani membuat janji di depan muka pengundi bila berceramah, maka tepatilah janji itu.

Lebih parah lagi untuk pengundi PH ialah pengumuman Datuk Amiruddin Hamzah di Dewan Negara juga, kerajaan akan mansuhkan subsidi pukal bagi petrol tidak lama lagi dan digantikan dengan subsidi bersasar di mana hanya pengguna motorsikal di bawah 125cc dan kereta di bawah 1,300cc sahaja akan dapat subsidi dalam bentuk kuota setiap bulan.
https://www.malaymail.com/s/1671676/deputy-minister-fuel-subsidy-to-be-restricted-in-future

Ini bermakna, harga petrol untuk rakyat yang lain tidak akan diberi subsidi tidak lama lagi dan harga petrol akan naik.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155584459295952/

Leave a Reply