Di Arab Saudi Untuk Menyampaikan Ucapan Takziah Kepada Keluarga Di…

By Tuesday June 19th, 2012 No Comments

Di Arab Saudi Untuk Menyampaikan Ucapan Takziah Kepada Keluarga Di Raja

Sejak hari Isnin saya dan isteri telah berada di Jeddah untuk menyampaikan ucapan takziah dari kerajaan Malaysia kepada keluarga DiRaja Arab Saudi berikutan kemangkatan Almarhum Putera Mahkota Naif Abdul Aziz. Majlis pemberian penghormatan terakhir diadakan di Al Divan Al Maliki, Jeddah, yang saya hadiri diiringi oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom, duta Malaysia ke Arab Saudi dan beberapa pegawai.

Sambil di sana, saya juga mengambil kesempatan untuk menunaikan umrah di Mekah bersama isteri dan anak.



Original post: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10150875117445952/?type=3

Leave a Reply