News_archive

Dewan Rakyat: RM16 Juta Dibayar Kepada Tujuh Perunding Makmal NKEA – PM

By Tuesday November 23rd, 2010 No Comments

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan membelanjakan sejumlah RM16 juta sebagai bayaran kepada tujuh syarikat perunding yang membantu mengendalikan 12 makmal Bidang Keutamaan Ekonomi Negara (NKEA).

Beliau berkata pembayaran itu dibuat melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, dan jumlah itu adalah kecil berbanding perbelanjaan oleh kerajaan United Kingdom, Perancis dan Amerika Syarikat untuk program transformasi masing-masing.

“Bagi pecahan peratus pembiayaan projek-projek NKEA di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), hanya lapan peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan akan dibiayai kerajaan.

“Sektor swasta akan membiayai sebanyak 92 peratus daripada pelaburan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat Selasa.

Kok ingin mengetahui pecahan kos makmal NKEA, termasuk bayaran kepada konsultan serta peratusan projek NKEA yang dicadangkan akan dibiayai kerajaan dan sektor swasta.

Sumber : Bernama

Leave a Reply