Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham…

By Sunday January 24th, 2021 No Comments

Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) diberitahu MITI bahawa kerajaan PN cadang untuk melaksanakan PKP 3.0 yang amat ketat (termasuk larangan ke atas sektor kilang dan pembinaan) selepas PKP 2.0 berakhir pada 4 Februari sekiranya angka Covid masih tinggi.

(Sudah tentu angka Covid akan tetap tinggi sehingga 4 Februari sebab sektor-sektor yang menyumbang bahagian terbesar kluster Covid juga adalah sektor-sektor yang sama dibenarkan beroperasi seperti biasa pada PKP 2.0)

Jika PKP 3.0 berlaku, sektor-sektor lain tidak berkaitan yang terpaksa sia-sia berkorban 23 hari untuk PKP 2.0 nak claim kerugian dari siapa?

Kenapa tak laksanakan secara ketat tanpa kelonggaran awal-awal lagi pada PKP 2.0 seperti disaran saya dan ramai lagi?

Kenapa hanya cadang nak buat selepas PKP 2.0 selama 23 hari telah terbazir?

Jika nak buat secara ketat dengan melarangkan sektor kilang dan pembinaan, buatlah “all-out” sekarang. Jangan tunggu dan paksa Rakyat menderita lagi lama di bawah PKP.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157642445095952/

Leave a Reply