Blog

Demam Denggi & Virus Zika: Cegah Pembiakan Nyamuk Aedes

By Tuesday February 2nd, 2016 No Comments

Saya sedia maklum mengenai masalah Demam Denggi di beberapa kawasan dalam negara, dan juga kerisauan mengenai virus Zika yang melanda banyak kawasan di rantau Amerika.

Ejen penyebaran kedua-dua wabak Demam Denggi dan virus Zika adalah nyamuk Aedes, dan seperti yang kita sedia maklum, iklim di Malaysia adalah iklim bersesuaian untuk pembiakan nyamuk Aedes sekiranya tidak dipantau dengan teliti.

Oleh itu, saya ingin supaya semua pihak, sama ada agensi Kerajaan, badan bukan Kerajaan termasuk juga rakyat keseluruhannya, perlu sama-sama berganding bahu memerangi nyamuk Aedes.

Berkenaan virus Zika, keadaan terkini telah menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan penyakit ini sebagai Public Health Emergency Of International Concern (PHEIC), dan sewajarnya kita memandang serius ancaman yang dibawa oleh virus Zika ini.

Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengambil semua langkah-langkah pencegahan yang perlu untuk melindungi rakyat Malaysia, terutamanya wanita-wanita mengandung dari virus Zika.

Pucuk pangkalnya, kita perlu mencegah serta menghapuskan sumber atau vektor kepada kedua-dua wabak dan virus ini, iaitu nyamuk Aedes.

Jangan beri walau sedikit ruang untuk ia membiak.

IMG-20160202-WA0004

Leave a Reply