Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Dari kenyataan KKM hari ini. KES SPORADIK DAN KES TIDAK BERGEJALA COVID-19... - Najib Razak

Dari kenyataan KKM hari ini. KES SPORADIK DAN KES TIDAK BERGEJALA COVID-19…

By Monday June 21st, 2021 No Comments

Dari kenyataan KKM hari ini.

KES SPORADIK DAN KES TIDAK BERGEJALA COVID-19 TERUS MENINGKAT DI LEMBAH KLANG

Perintah Kawalan Pergerakan (Lockdown) mulai 1 Jun 2021 kini telah memasuki minggu ke tiga (3) di mana jumlah kes harian COVID-19 dilihat masih berada pada paras yang tinggi melebihi empat (4) ribu kes sehari. Kes sporadik juga masih berada pada peratusan yang agak tinggi.

Kes-kes sporadik bermaksud kes-kes yang dikesan di dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada. Kes-kes sporadik ini dikesan melalui saringan di tempat kerja, saringan dalam komuniti, ataupun dari saringan kes bergejala. Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan SOP dengan betul. Graf di bawah menunjukkan taburan kes sporadik dan kluster di Malaysia.

Sebanyak 22 kluster baharu (14 kluster tempat kerja) dikesan pada hari ke-21 Total Lockdown ini.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157966104080952/

Leave a Reply