DAP perlu adil. Adakah Guan Eng lebih special banding orang lain? Selain…

By Friday August 14th, 2020 No Comments

DAP perlu adil.

Adakah Guan Eng lebih special banding orang lain?

Selain suapan 10% kepentingan projek terowong, Guan Eng juga didakwa menerima bayaran rasuah sebanyak RM3.3 juta daripada pemilik syarikat terowong.

Namun Guan Eng kata caj ini tidak berasas dan bermotifkan politik..

“Sehingga sekarang, SPRM tidak tunjuk di mana duit yang saya didakwa terima itu. Tidak ada RM3.3 juta dalam akaun saya….tidak ada RM3.3 juta tunai dipegang saya. Di mana rasuahnya?” soal Guan Eng.

Bagaimanapun, Tan Sri Isa Samad juga didakwa dalam mahkamah oleh kerajaan PH dahulu kerana dituduh menerima bayaran cash RM3.09 juta daripada penjual hotel melalui beberapa bayaran.

SPRM juga tak tunjuk di mana duit didakwa terima.

Tak ada RM3.09 juta dalam akaun Isa samad.

Dan SPRM tak tunjuk RM3.09 juta tunai dipegang Isa.

Cuma sedang dibuktikan melalui penerangan saksi dan pemberi dalam mahkamah.

Kes Isa Samad lagi lemah banding Guan Eng kerana mahkamah diberitahu bahawa Isa tidak pernah meminta atau bertemu dengan orang yang didakwa memberi wang tunai.

Yang setiap kali berunding, meminta dan kononnya menerima wang untuk Isa dari pemberi adalah orang tengah yang juga bekas setiausaha politik Tun Mahathir.

Tak sama seperti kes Guan Eng di mana dia rapat dan sering bertemu dengan orang yang didakwa membayar (iaitu pemilik syarikat terowong).

Kenapa pula Isa Samad boleh didakwa dan dibicarakan untuk RM3.09 juta tunai diterima tetapi Guan Eng tak patut didakwa dan dibicarakan untuk RM3.3 juta tunai diterima?

Perlulah adil dan tunggu perbicaraan mahkamah seperti kita semua.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157284341845952/

Leave a Reply