Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
DAP ini penuh penipuan dalam usaha mereka menghasut warga Pulau Pinang untuk... - Najib Razak

DAP ini penuh penipuan dalam usaha mereka menghasut warga Pulau Pinang untuk…

By Thursday December 17th, 2020 No Comments

DAP ini penuh penipuan dalam usaha mereka menghasut warga Pulau Pinang untuk membenci kerajaan pusat.

Saya beri bukti:

Lim Guan Eng semalam:
“Untuk menyelamatkan perkhidmatan feri, kerajaan Pulau Pinang telah menawarkan untuk mengambil alih keseluruhan perkhidmatan pengangkutan air dan feri Pulau Pinang pada tahun 2015 dengan menanggung semua perbelanjaan.

“Sayangnya, Kementerian Pengangkutan pada tahun 2016 menolak untuk memberikan kuasa penuh kepada kerajaan Pulau Pinang dan berkeras untuk melaksanakan pengawal seliaan terhadap pengangkutan air serta perkhidmatan feri di Pulau Pinang.

“16 Dis 2020: Pulau Pinang dikhianati lagi: Guan Eng”
https://www.sinarharian.com.my/article/115078/EDISI/Pulau-Pinang-dikhianati-lagi-Guan-Eng

Timbalan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang P.Ramasamy pagi ini:

“Timbalan ketua menteri Pulau Pinang II berkata kerajaan persekutuan sebelum ini menolak cadangan kerajaan negeri pimpinan DAP untuk mengambil alih pemilikan dan pengurusan sistem feri dengan memberi permit untuk teksi air.”

“17 Dec 2020: Putrajaya sepatutnya selamatkan perkhidmatan feri Pulau Pinang, kata Ramasamy”
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/290378

Oh ya ke? Kerajaan DAP Pulau Pinang nak ambil alih perkhidmatan feri tapi kerajaan pusat tolak?

Jahatnya kerajaan pusat.

Tapi kenapa pula Pulau Pinang tak ambil perkhidmatan feri semasa kerajaan pusat dikuasai gagalkrasi PH?

Masa itu, Menteri Pengangkutan orang DAP. Menteri Kewayangan juga orang DAP.

Tapi jawapan sebenarnya untuk menjawab hasutan Guan Eng dengan P.Ramasamy ialah:

“19 Okt 2019 – Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow: Pulau Pinang tidak berhasrat ambil alih perkhidmatan feri”
https://www.sinarharian.com.my/article/105924/EDISI/Utara/Pulau-Pinang-tidak-berhasrat-ambil-alih-perkhidmatan-feri

Sendiri tak mahu ambil lalu nak tuduh orang lain tak mahu beri supaya DAP boleh menghasut warga Pulau Pinang?

Lagipun perkhidmatan pengangkutan air Pulau Pinang bukan ditamatkan oleh kerajaan PN seperti didakwa DAP tetapi diganti dengan perkhidmatan bot Katamaran yang jauh lebih laji.

“15 Dis 2020: Katamaran ganti feri di Pulau Pinang”
https://www.sinarharian.com.my/article/114897/EDISI/Katamaran-ganti-feri-di-Pulau-Pinang



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157559251195952/

Leave a Reply