DAP asyik main isu populis tanpa hirau isyarat yang ingin disampaikan kepada…

By Monday August 17th, 2020 No Comments

DAP asyik main isu populis tanpa hirau isyarat yang ingin disampaikan kepada Rakyat untuk kepentingan negara dan kesihatan awam.

DAP dah mulakan kempen untuk turunkan denda maksima tak pakai face-mask dari RM1,000 ke RM250.

Sedangkan negara-negara lain juga mengenakan denda maksima yang amat tinggi untuk mereka yang ingkar perintah ini.

Negara Sepanyol boleh kenakan denda maksima sebanyak 1,000 euro manakala di UK, denda maksima ialah £3,200 (RM17,500) untuk mereka yang sering ingkar arahan pakai face mask.

Takde pula PH pernah bantah dasar kerajaan PH untuk mengenakan denda RM10,000 dan penjara 2 ahun untuk mereka yang merokok di tempat makan sedangkan impak dari orang merokok tidak sebesar orang yang terjangkit Covid dan menjangkiti orang lain akibat tak pakai face mask.

Sebenarnya, kompaun RM1,000 untuk mereka yang tak pakai face mask ini boleh diturunkan oleh mahkamah dan ianya mengikut kebijaksanaan hakim jika mereka yang didenda didapati benar-benar terbeban.

Tetapi DAP tak hirau bahawa isyarat yang salah akan dihantar kepada Rakyat jika denda maksima diturunkan dari RM1,000 kepada RM250.

Ini krisis Covid.

Tugas utama ialah menjaga kesihatan rakyat, melindungi ekonomi yang telah terjejas akibat Covid dan menghentikan penularan wabak.

Jangan main politik populis sehingga Rakyat fikir arahan kerajaan untuk lawan Covid adalah hal remeh.

Ini politik tak bijak yang menjahanamkan kesihatan Rakyat dan keselamatan negara: https://www.facebook.com/DAPMalaysia/posts/10158411804329192

Sehingga petisyen dibuat, usul untuk debat dalam dewan dilakukan dan sidang akhbar dipanggil DAP untuk perkara ini.

Jika masalahnya ialah harga mask terlalu tinggi, kerajaan PN telah turunkan harga siling mask dua kali ke RM1.00 sekeping.

Jika masih fikir harga RM1.00 sekeping terlalu tinggi, suruh Guan Eng serahkan baki daripada RM3.9 juta yang dikutip untuk bayar ikat jamin RM1 juta bagi kes rasuahnya kepada DAP untuk beli dan edarkan 2.9 juta keping face mask kepada Rakyat.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157291722010952/

Leave a Reply