Dalam tinjauan saya ke tapak projek pembinaan Jambatan Batang Sadong tadi,…

By Sunday January 31st, 2016 No Comments

Dalam tinjauan saya ke tapak projek pembinaan Jambatan Batang Sadong tadi, saya difahamkan bahawa jambatan ini telah pun hampir siap lebih 91 peratus.

Insya-Allah, apabila siap nanti pada bulan Ogos, jambatan ini akan menghubungkan daerah kecil Sadong Jaya, Asajaya dan Simunjan, lantas menjadi pendorong kepada pembangunan sosio-ekonomi penduduk setempat.

Walau sekecil mana, walau nun jauh di pelusuk pedalaman, Kerajaan Barisan Nasional komited untuk terus membawa kemajuan kepada setiap penduduk dan kawasan agar tiada yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara yang saksama.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153287357110952/

Leave a Reply