Dalam sidang media saya semalam di London, saya telah berkongsi mengenai…

By Wednesday May 18th, 2016 No Comments

Dalam sidang media saya semalam di London, saya telah berkongsi mengenai kejayaan kita dalam seminar pelaburan Malaysia-UK baru-baru ini di mana kita dapat memaparkan keadaan sebenar ekonomi Malaysia.

Kesemua yang mengambil bahagian daripada pihak industri British juga menyatakan pandangan dan ulasan yang amat positif terhadap ekonomi Malaysia.

Ini bererti bahawa keyakinan pasaran global khususnya di UK ini masih berada pada tahap yang amat positif dan saya berharap ini akan membawa kepada peningkatan pelaburan bukan sahaja dalam bentuk Foreign Direct Investment jangka-panjang tetapi juga dalam pasaran modal, ekuiti dan juga aliran modal jangka pendek pada ekonomi Malaysia.



Original post: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10153514402855952/?type=3

Leave a Reply