Dalam ceramah PRK Slim baru tadi, PM7 kata saya adalah masalah…

By Thursday August 27th, 2020 No Comments

Dalam ceramah PRK Slim baru tadi, PM7 kata saya adalah masalah FELDA.

Kononnya saya nak senaraikan FGV kerana saya tamak dan mahu memberi lebih banyak duit kepada peneroka.

Eh.. saya dah berulang kali jelaskan kenapa FGV disenaraikan.

Kali ini saya minta bantuan dari Uncle Lim Kit Siang untuk jelaskan kepada PM7 agar dia faham.

Pada era terdahulu sebelum saya menjawat Perdana Menteri, FELDA, sektor pertanian di Malaysia bukan keutamaan orang yang menjadi PM selama 22 tahun kerana tumpuan dia diberikan kepada perindustrian dan sektor seperti pembuatan kereta serta keluli.

Oleh itu satu keputusan dibuat oleh dia pada tahun 1996 untuk menghentikan sebarang pembiayaan kerajaan kepada FELDA.

FELDA pada ketika itu diminta untuk mencari dana sendiri.

Akibatnya, lebih 50% pokok kelapa sawit FELDA sudah terlalu tua dan perlu ditanam semula manakala hanya 3% daripada pengeluaran sawit FELDA layak untuk mendapat pengiktirafan RSPO – seperti ditulis dalam blog Kit Siang pada tahun 2012 iaitu tahun FGV disenaraikan.

Tanpa Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) ini, FELDA tak layak untuk jual kepada kepada kebanyakan negara.

Apabila saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, perolehan setiap hektar atau ‘yield’ dari minyak sawit, menurun pertama kali dalam sejarah. Kebajikan peneroka juga terabai.

Jika kita tidak melaksanakan penanaman semula pada skala yang besar pada masa itu, adalah tidak mustahil pokok yang semakin tua dan hasil semakin menyusut akan menyebabkan FELDA mungkin tidak lagi wujud pada tempoh 10 atau 20 tahun selepas itu!

Ia mendesak kerajaan saya pada ketika itu dan FELDA untuk melaksanakan langkah proaktif iaitu pengambilan hutang dan penyenaraian IPO FGV bagi mendapatkan dana untuk menampung kos penanaman semula kelapa sawit, mendapat kelayakan RSPO dan menambahbaik kebajikan dan kehidupan peneroka.

Tak sama dengan masa PH ambil alih FELDA, sepanjang masa BN mentadbir di bawah saya, FELDA tidak mengalami masalah kritikal untuk membayar kos sara hidup pada masa yang tepat dan membela nasib peneroka.

Pada ketika FELDA memerlukan bantuan terutamanya pada masa harga sawit terlalu rendah, kerajaan BN akan bantu kerana FELDA merupakan agensi kerajaan dan ianya tak salah jika kerajaan bantu agensi kerajaan.

Hanya kerana kerajaan PH kedekut, kerajaan PH suka suruh Rakyat ikat perut, suka tabur janji kencing bahawa semua hutang peneroka akan dihapuskan jika menang PRU14 dan suka bergaduh dengan seluruh dunia sehingga harga sawit dan Buah Tandan Segar rendah, barulah peneroka mula mengalami kesusahan melampau.

Hampir semua peneroka dan anak FELDA tahu kisah ini selepas PRU14. Sebab itu, PH kalah teruk undi FELDA pada tiap-tiap PRK.

Wahai pejuwang, jangan lupa sejarah lagi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157315444670952/

Leave a Reply