Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Dalam Bajet tahunan yang saya bentangkan beberapa tahun ini, Kerajaan... - Najib Razak

Dalam Bajet tahunan yang saya bentangkan beberapa tahun ini, Kerajaan…

By Wednesday November 4th, 2015 No Comments

Dalam Bajet tahunan yang saya bentangkan beberapa tahun ini, Kerajaan memastikan bahawa kebajikan pesakit terjamin terutamanya mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kerosakan buah pinggang.

Oleh itu, kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar setiap tahun sebagai bantuan perubatan dan kos pembelian mesin hemodalisis di hospital-hospital kerajaan.

Saya telah mengambil kesempatan untuk melawat unit Hemodialisis di Hospital ini, yang dapat memanfaatkan 78 pesakit buah pinggang setiap minggu dengan 20 buah mesin hemodialisis yang baru.

Tambahan pula, pesakit hemodialisis kini hanya perlu membayar RM13 untuk setiap sesi di mana-mana Hospital Kerajaan. Caj perkhidmatan swasta pula adalah antara RM200-RM250.

Kerajaan Barisan Nasional telah lama menyediakan perubatan dan rawatan berkualiti pada kadar yang rendah untuk rakyat dan akan meneruskan dasar ini mengikut kemampuan Kerajaan.



Original post: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10153135974240952/?type=3

Leave a Reply