News_archive

Daim Sokong Model Ekonomi Najib

By Monday March 5th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) — Tun Daim Zainuddin menyokong model ekonomi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kerana ia memberi Malaysia arah masa depan yang lebih baik.

Bekas Menteri Kewangan dan penasihat ekonomi kerajaan itu berkata pembangunan ekonomi negara bergantung kepada bagaimana efisien penggunaan sumber, persaingan antara pekerja serta kepakaran pekerja dalam negara.

Malaysia mempunyai asas untuk menjadi ekonomi yang hebat kerana mempunyai tenaga kerja, sumber dan infrastruktur, institusi dan polisi yang fleksibel bagi menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

“Kita sepatutnya mempengaruhi masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan etnik untuk memaksimumkan kelebihan lokasi di Asia, rantau paling cepat berkembang di dunia,” kata beliau dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan semalam.

Selain itu, Daim berkata Malaysia adalah negara berpendapatan sederhana dan rakyat mempunyai kualiti hidup yang boleh dikatakan tinggi, bagaimanapun, cabaran bagi ekonomi Malaysia adalah berbeza berbanding pada ketika negara masih berpendapatan rendah.

Sumber : Bernama

Leave a Reply