Dahulu ketika saya PM, antara yang BN usahakan ialah 1. rumah kos rendah…

By Ahad Februari 7th, 2021 No Comments

Dahulu ketika saya PM, antara yang BN usahakan ialah

1. rumah kos rendah bagi masyarakat B40 dan

2. rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan pertengahan.

Kita cari tanah. Kita cari pemaju. Kita bina pada kos rendah. Ada yang kita berikan kepada rakyat percuma, ada yang dijual pada harga rendah.

Ada jawatankuasa yang pantau kemajuan setiap masa seluruh negara.

Sudah tentu saya tidak dapat membantu semua tetapi saya cuba usahakan seramai mungkin.

Selepas 2018, saya tidak dengar lagi agenda-agenda perumahan untuk rakyat.

Ada yang bertanya kepada saya apa dasar kerajaan dan minta saya tolong usahakan.

Saya hanya boleh bersuara kini.

Kuasa, pertimbangan dan keputusan di tangan lain sejak 2018.

Alhamdulillah di Pahang, Kerajaan BN masih kekal mesra rakyat dan kita bantu golongan berpendapatan rendah.

Kita buat Rumah Rakyat Pahang. Kita mahu bantu lebih ramai golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman.

Hari ini saya berkesempatan berjumpa dengan beberapa penduduk kampung yang menerima unit baru Rumah Rakyat Pahang ini.

Semoga selesa bersama keluarga dan saya yakin Kerajaan BN di Pahang akan teruskan agenda perumahan ini.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157684690665952/

Leave a Reply