Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Cuba tengok tarikh artikel sebelah kiri. Ini bukti bahawa kerajaan PH sedar... - Najib Razak

Cuba tengok tarikh artikel sebelah kiri. Ini bukti bahawa kerajaan PH sedar…

By Sunday December 27th, 2020 No Comments

Cuba tengok tarikh artikel sebelah kiri.

Ini bukti bahawa kerajaan PH sedar tentang isu kartel daging yang disyaki tidak halal sekurang-kurangnya sejak bulan November tahun lepas selepas media Asia Sentinel mendedahkannya.

“25 Nov 2019: Isu sijil halal: ‘SPRM, silakan siasat Jakim’ – Mujahid”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-sijil-halal-sprm-silakan-siasat-jakim-mujahid-223595

Kerajaan pula krik krik krik lebih setahun sehingga semalam apabila Kekanda dedah SPRM tak ambil tindakan dan tak siasat masa itu.

Kekanda juga dakwa dia pernah lakukan siasatan dalaman tapi nampaknya hasil siasatan mereka tidak diumumkan kepada Rakyat dan masalah tidak diselesaikan sehingga media melaporkan wujudnya kartel daging ini minggu lepas.

“26 Dis 2020: Isu halal jadi keutamaan saya sebelum ini, sekarang – Mujahid”
https://malaysiagazette.com/2020/12/26/isu-halal-jadi-keutamaan-saya-sebelum-ini-sekarang-mujahid/

Masa saya PM, isu ini tidak timbul dalam media dan kerajaan juga tak pernah menerima apa-apa aduan/maklumat tentang isu ini walaupun media melaporkan kartel telah wujud sejak 40 tahun lalu.

Jika aduan diterima, sudah tentu kerajaan BN ambil tindakan tegas masa itu sebab ini isu berat.

Yang PH terima laporan tetapi korang membisu lebih setahun sebelum dedahkan SPRM di bawah lantikan politik PH tak ambil tindakan dah kenapa pula?

Masa itu, kenapa Salahudin Ayub sebagai Menteri PH tak tuntut RCI pula?

Yang SPRM bawah lantikan politik korang tak ambil tindakan dan korang membisu lebih setahun berhubung isu ini pula salah siapa?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157582266725952/

Leave a Reply