Cuaca kurang baik hari ini. Hujan sikit. Bila hujan, ramai yang menghadapi…

By Saturday April 17th, 2021 No Comments

Cuaca kurang baik hari ini. Hujan sikit.

Bila hujan, ramai yang menghadapi cabaran.

Peniaga kecil sukar menjual makanan, barangan.

Rider-rider penghantaran juga terjejas. Pendapatan bergantung kepada bilangan perjalanan.

Saya tidak dapat membantu apa-apa yang banyak.

Datang bazar Ramadan bantu beli sedikit makanan buka puasa tadi dari para peniaga untuk saya dan keluarga.

Ada yang gembira nampak saya, nak bergambar.

Terima kasih atas sambutan mesra yang memberi semangat.

Semoga para peniaga dan rider-rider penghantaran kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Selamat berbuka puasa!



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157833346425952/

Leave a Reply