Covid menular semula di Kedah bermula dengan kes Sivagganga di mana seorang…

By Friday October 16th, 2020 No Comments

Covid menular semula di Kedah bermula dengan kes Sivagganga di mana seorang pemilik restoran yang pulang dari India membawa mutasi virus COVID-19 jenis D614G yang 10 kali lebih mudah berjangkit didapati ingkar arahan kuarantin di rumah untuk menjaga restorannya serta merayau ke sini ke sana termasuk ke bank dan pejabat kerajaan.

Kesilapan awal membenarkan kuarantin di rumah bagi mereka yang pulang dari negara risiko tinggi telah pun diperbetulkan oleh kerajaan.

Di Sabah pula, mutasi virus ini di bawa oleh dua orang PATI dari negara jiran yang ditahan di lokap Lahad Datu.

Akibatnya, seluruh Sabah telah terjejas dan kini di bawah PKPB.

Seramai 12,877 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan di Sabah sahaja, dalam Ops Benteng yang berjalan dari Januari sehingga 13 Okt.

Daripada jumlah tersebut, seramai 7,673 PATI dihantar pulang ke negara masing-masing.

Masih terdapat 5,204 kini berada di pusat tahanan. Dari jumlah itu, 4,456 PATI dari Filipina, 618 PATI dari Indonesia dan lain-lain 130 orang.

Hari ini diumumkan pula bahawa Ops Benteng telah berjaya menahan 37 PATI, 3 Tekong dan merampas 6 kenderaan darat semalam (Khamis).

Hari sebelumnya, 23 PATI, 3 penyeludup, 5 bot dan 5 kenderaan darat ditahan.

Bayangkan.

Dalam tempoh seluruh dalam PKPB, pencerobohan sempadan negara masih berlaku dari warga negara-negara jiran yang sudah sudah mencatat 340,000 kes Covid dan telah berbulan-bulan mencatat ribuan kes baru setiap hari.

Jumlah PATI yang diumumkan berjaya ditangkap setiap hari sudah puluhan orang. Berapa ramai lagi yang terlepas memandangkan sempadan negara begitu luas?

Kerajaan perlu mendesak pemerintah negara jiran untuk meningkatkan penguatkuasaan di perairan mereka. Mereka tak boleh lepas tangan begitu sahaja.

Jumlah kes Covid di Sabah juga semakin meningkat.

Hari ini sahaja, Sabah catat tambahan 489 kes!

Masa ini, kita perlu jaga warga kita dan kita perlu kurangkan risiko pencerobohan sempadan oleh mereka yang mungkin membawa masuk Covid ke Sabah.

Sebab itu, APA YANG HALANG KERAJAAN daripada mengumumkan bahawa warga Malaysia yang ditangkap menyeludup atau bersuhabat dalam kegiatan penyeludupan PATI akan dipenjarakan serta-merta di bawah Akta SOSMA bermula hari ini sebab mereka membahayakan keselamatan negara?

Tanpa bantuan khianat warga Malaysia, ianya jauh lebih susah untuk PATI menceroboh negara.

APA YANG HALANG KERAJAAN untuk memberi amaran umum serta tegas kepada warga-warga asing yang ingin menjadi PATI ke Malaysia bahawa Malaysia akan tingkatkan hukuman yang jauh lebih berat bermula hari ini?

APA YANG HALANG KERAJAAN untuk memberi sedikit ganjaran kepada warga Malaysia yang duduk di hotspot penyeludupan PATI jika matlumat yang diberi mereka kepada kerajaan berjaya patahkan sindiket penyeludupan PATI?

APA YANG HALANG KERAJAAN untuk memanggi perwakilan diplomatik negara-negara terbabit dan beri amaran tegas serta desak mereka kawal perairan mereka dengan lebih ketat.

Sejak bulan April saya sudah sarankan beberapa kali sebab saya ramal ini adalah antara risiko terbesar Covid menular semula dalam negara.

Majlis Keselamatan Negara bila nak pertimbangkan?

Mereka yang duduk di kawasan sempadan lebih memahami keadaan tempatan dan sudah tentu mereka ada matlumat yang berharga.

Identiti mereka patut dilindungi dan mereka patut diberi sedikit ganjaran untuk menggalakan mereka menyalur matlumat sebab kos ganjaran yang diberi adalah jauh lebih rendah berbanding pemusnahan yang di bawa Covid.

Buat sahaja sebab langkah-langkah di atas tak memerlukan dana kerajaan yang tinggi.

Buatlah dengan segera. Usah tangguh.

NOTAL Orang ramai boleh menyalurkan matlumat berkenaan pencerobohan sempadan atau PATI melalui hotline kerajaan pusat di 011-6251 1223



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157426719965952/

Leave a Reply