Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
China Pandang Penting Lawatan Najib - Najib Razak
News_archive

China Pandang Penting Lawatan Najib

By Monday May 25th, 2009 No Comments

BEIJING, 26 Mei (Bernama)– China menyifatkan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 2 Jun ini sebagai penting kerana ia akan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Jurucakap Kementerian Luar China Ma Zhaoxu berkata lawatan itu juga akan memperkemaskan lagi hubungan strategik antara China dan Malaysia serta melonjakkan hubungan antara kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.

Katanya Perdana Menteri Wen Jiabao akan menyambut kedatangan Najib pada satu majlis sebelum mengadakan rundingan dengan rakan sejawatannya itu.

“Najib juga akan melakukan kunjungan hormat terhadap Presiden Hu Jingtao,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kunjungan Najib ini bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik China-Malaysia, kata Ma.

Beliau berkata kedua-dua pemimpin akan bertukar pendapat tentang cara untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dan berbincang tentang isu antarabangsa dan serantau yang menjadi kepentingan bersama Malaysia-China.

Kata beliau sempena kunjungan Najib kedua-dua pemimpin akan memeterai beberapa perjanjian.

Ini merupakan kunjungan sulung Najib sebagai Perdana Menteri ke China.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Timbalan Menteri Luar Datuk Lee Chee Leong berkata lawatan Najib ke China bulan depan akan membuka lembaran baru dalam hubungan dua hala Malaysia-China.

Katanya walaupun hubungan antara kedua-dua negara telah wujud sejak kira-kira enam abad lepas, namun hubungan diplomatik hanya wujud pada 1974, hasil daripada wawasan jauh Perdana Menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein.

Lee berkata hubungan dua hala secara rasmi China-Malaysia yang bermula secara sederhana mengalami perkembangan yang amat pesat, seperti yang dapat dilihat dalam peningkatan perdagangan serta hubungan antara rakyat dan keakraban hubungan antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Duta China ke Malaysia Liu Jian berkata beliau yakin lawatan Najib ke negaranya akan membuka era baru dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China (MCFA) Datuk Abdul Majid Khan pula berkata keputusan Tun Abdul Razak pada 1974 yang berlandaskan wawasan jauh, telah menghasilkan hubungan erat antara China dan Malaysia sekarang.

Abdul Majid, yang juga bekas duta Malaysia ke China, berkata Malaysia dan China berkongsi matlamat yang sama tentang keamanan dan pembangunan.

Berlandaskan hakikat ini, kata beliau, hubungan antara kedua-dua negara akan semakin erat pada masa akan datang.

Sumber : Bernama

Leave a Reply