Cantiknya ayat dari PH ini.. PH tak ada lampu Aladin pulak. Sebelum PRU14,…

By Wednesday February 27th, 2019 No Comments

Cantiknya ayat dari PH ini..

PH tak ada lampu Aladin pulak.

Sebelum PRU14, ekonomi kita sebenarnya sangat kukuh.

Kadar pertumbuhan GDP antara tertinggi di dunia, Rizab BNM semakin naik, Bursa Malaysia pada tahap tertinggi dalam sejarah, dividen TH, KWSP, LTAT, PNB semua tinggi, Ringgit semakin memulih, defisit kerajaan semakin menurun walaupun bantuan-bantuan rakyat seperti BR1M semakin naik setiap tahun dan banyak projek yang memberi manfaat kepada rakyat sedang dijalankan.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155878360645952

Tetapi PH tuduh ekonomi kita sudah hancur dan kita perlukan PH untuk “Selamatkan Malaysia”.

Tiap-tiap hari mereka hasut Rakyat bahawa ekonomi tidak baik walaupun realiti ialah sebaliknya.

Sehingga Rakyat sudah terpedaya cakap Najib hancurkan ekonomi negara.

Selepas PRU14 pula, semua telah terbalik di bawah mereka. Ekonomi semakin teruk.

Rakyat baru sedar bahawa ekonomi sebelum PRU14 bukan teruk seperti dihasut oleh PH masa itu.

Dulu, BN ada Rancangan Transformasi Negara yang begitu teratur dan berpandangan jauh dan dilaksanakan dengan baik.

PH pula ada Buku Harapan bukan kitab suci.

Kini, PH akui ekonomi sudah teruk.

Tetapi mereka kata tak tahu bagaimana nak Selamatkan Malaysia kerana tidak ada lampu Aladin (poket Doraemon ada tak?).

Cantik. Sangat cantik.

Maka lebih lencun lagi, Rakyat Malaysia.

#FitnahSudahMenang



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155919573260952/

Leave a Reply