Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Cadangan Pembinaan Lebuh Raya Dimasukkan Dalam Manifesto BN Kelantan - Najib Razak
News_archive

Cadangan Pembinaan Lebuh Raya Dimasukkan Dalam Manifesto BN Kelantan

By Sunday May 6th, 2012 No Comments

KOTA BAHARU, 6 Mei (Bernama) — Cadangan pembinaan lebuh raya Kota Baharu-Gua Musang akan dijadikan sebagai perkara penting yang akan dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan beliau meneliti cadangan tersebut termasuk dari aspek teknikal dan kos yang dianggarkan sebanyak RM2 bilion.

“Saya akan jumpa Unit Perancang Ekonomi (EPU), kita dimaklumkan kos sekitar RM2 bilion, lagi lama kita tunggu kos akan naik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Taman Halal Pengkalan Chepa di Kompleks Industri Mara (KIM) Fasa II dan KIMFEST 2012, dekat sini.

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Komuniti 1Malaysia oleh Perdana Menteri pada Jumaat lepas, mencadangkan kerajaan pusat membina lebuh raya tersebut bagi mengatasi kesesakan teruk terutama di musim perayaan di samping menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan Ulu Kelantan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Umno Kelantan menyokong cadangan pembinaan lebuh raya tersebut kerana ia akan memberi banyak faedah kepada rakyat dan pembangunan negeri ini.

Sumber : Bernama

Leave a Reply