News_archive

Bursa Malaysia Puji Pengumuman PM Di Invest Malaysia

By Tuesday April 12th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) — Langkah menambah produk di pasaran derivatif merupakan satu lagi perkembangan yang akan menyumbang dengan bijak kepada jumlah dan kepentingan terbuka produk-produk derivatif utama Malaysia. kata ketua pegawai eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Tajuddin Atan.

Beliau berkata yang bursa tempatan sedang meninjau untuk memperluaskan penawaran derivatif bagi menjadikannya lebih menarik.

“Kami mengalu-alukan pengumuman mengurangkan karenah birokrasi kerana ini boleh menjuruskan kepada meningkatnya kecekapan dan kelulusan yang lebih cepat,” kata beliau.

Tajuddin berkata pengenalan skim dua pelesenan yang baharu akan menyaksikan lebih banyak peluang jualan bersilang dan pada masa yang sama meningkatkan dagangan harian proprietari (PDT) yang akan menjuruskan kepada pasaran yang lebih rancak dan berkecairan.

“Sementara kita telahpun membuka pasaran ini kepada broker Islam asing dan pengurus dana Islam asing, kita masih lagi meninjau lebih banyak peluang lain untuk meningkatkan transaksi rentas sempadan.

“Kitapun telah menjadi peneraju dunia dalam penyenaraian sukuk dan kita berharap dapat meningkat dan mengukuhkannya lagi,” kata beliau dalam satu kenyataan Selasa.

Tajuddin berkata demikian untuk mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung beberapa langkah di persidangan “Invest Malaysia 2011” di sini.

Beliau berkata penyenaraian cabang pembersihan gula Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd, adalah langkah positif terhadap saranan kerajaan untuk menjual aset kerajaannya bagi membenarkan lebih banyak mudah tunai.

Mengenai dana pencen persendirian, beliau berkata Bursa Malaysia cuba mendapatkan lebih banyak dana dan berharap ia akan menyumbang kepada kerancakan pasaran menerusi pelbagai strategi urus niaga yang ia mungkin guna pakai.

“Saya berharap dapat menyaksikan lebih banyak urus niaga dan bukannya berharap kepada dana. Peluangnya hebat kerana lebih banyak dana pencen persendirian akan melihat wang disalurkan ke pasaran,” tambah beliau.

Sumber : Bernama

Leave a Reply