Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Bumiputera tidak terjejas - Najib Razak
News_archive

Bumiputera tidak terjejas

By Thursday April 23rd, 2009 No Comments

JAKARTA 23 April – Perdana Menteri memberi jaminan kaum bumiputera tidak akan terjejas berikutan dasar liberalisasi sektor perkhidmatan yang dilaksanakan kerajaan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kaum bumiputera boleh mengambil bahagian dalam persaingan terbuka dan beliau yakin golongan berkenaan mampu melakukannya.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengadakan perbincangan dengan kumpulan berkenaan (pengusaha bumiputera). Mereka telah dan boleh mengambil bahagian dalam persaingan lebih terbuka. Bumiputera ada kemampuan dan tidak rasa bimbang mereka akan pupus dan kalah dalam persaingan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Merdeka di sini hari ini.

Semalam kerajaan memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan.

Ini bermakna syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan tidak lagi terpakai.

Keputusan berkenaan juga tegas beliau, bukan dibuat secara terburu-buru, tetapi dilakukan selepas kajian yang lama, selaras komitmen Malaysia terhadap perjanjian dengan ASEAN.

Berbanding negara lain, ujar beliau, Malaysia terbelakang dalam melaksanakan komitmen itu dan liberalisasi sektor perkhidmatan akan meletakkan Malaysia setanding dengan negara ASEAN lain kerana ia bukan hanya sehala, tetapi pelbagai hala.

“ASEAN pun akan buka, Malaysia ke belakang, Indonesia lagi terbuka, Indonesia boleh bersaing, apa yang tidak kena dengan Malaysia,” katanya.

Sementara itu mengulas kurangnya minat golongan bumiputera dan India berbanding kaum Cina dalam membeli unit Amanah Saham Malaysia (ASM), Najib berkata, ia perlu diberi sedikit masa lagi.

Pulangan yang diberikan oleh Permodalan Nasional Berhad, katanya, cukup menarik dan pasti mendapat sambutan hangat.

Semalam daripada 1.665 bilion unit Amanah Saham Malaysia ditawarkan kepada bumiputera, hanya 7.65 juta sahaja berjaya dijual manakala 53.5 juta daripada 499.5 juta peruntukan kepada kaum India telah dilanggan. – Utusan

Sumber : Utusan

Leave a Reply