Bulan Jun lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah memberi amaran…

By Tuesday September 1st, 2020 No Comments

Bulan Jun lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor serta-merta jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat negeri itu terus berlaku.

Bila DUN Johor bubar, saya rasa ianya lebih elok parlimen juga dibubarkan supaya kita boleh laksanakan pilihanraya serentak dengan PRN Johor.

Ada peluang boleh dilaksanakan serentak dengan PRN Sabah juga.

Negeri-negeri lain turut ikut.

Ini bermakna jika PH Plus masih tegas untuk merebut kuasa di Johor, akibatnya ialah Pilihan Raya Umum (PRU) seluruh negara mungkin akan berlangsung.

Masa itu, kekanda akan kalah.

Mahfuz akan pencen.

Anak PM7 pun akan tumbang di Kedah.

Ramai lagi geng Amanah dan PH bakal hilang kerja.

Jika PH Plus nak lawan amaran Sultan dan teramat ingin Pilihanraya Umum berlangsung serta merta, sila teruskan untuk merebut kuasa di Johor.

Kita di pihak BN tak sabar nak lawan pokok petai sekali lagi.

Your move, PH Plus.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157326145425952/

Leave a Reply