Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Bulan Julai lalu, Menteri Kewangan PN umum bahawa bank-bank Malaysia rugi... - Najib Razak

Bulan Julai lalu, Menteri Kewangan PN umum bahawa bank-bank Malaysia rugi…

By Saturday November 28th, 2020 No Comments

Bulan Julai lalu, Menteri Kewangan PN umum bahawa bank-bank Malaysia rugi RM1.06 bilion pada setiap bulan moratorium pinjaman pukal diberi.

Semalam, kebanyakan bank-bank utama Malaysia telah umum keuntungan mereka bagi suku ke-3 tahun 2020 iaitu dari Julai hingga September.

Bila dilihat dengan keuntungan bank bagi Suku ke-2 (April hingga Jun), tiada satu bank yang pernah umum kerugian.

Malah ada juga beberapa bank yang umum keuntungan yang lebih tinggi berbanding tahun lepas sepanjang tempoh 6 bulan moratorium pinjaman pukal dari April hingga September.

KEUNTUNGAN BERSIH BANK sepanjang moratorium pinjaman pukal (Apr-Sept)

Suku ke-2 2020 (Apr-Jun)
Maybank – RM942 juta (suku sama tahun lepas: RM1.94b)
CIMB – RM277 juta (RM1.51b)
RHB Bank – RM400 juta (RM615 juta)
Public Bank – RM1 bilion (RM1.33b)
Alliance Bank – RM104 juta (RM77 juta)
Hong Leong Bank – RM525 juta (RM469 juta)
Ambank – RM365 juta (RM391 juta)
Affin Bank RM67 juta (RM156 juta)
Bank Islam RM153 juta (RM195 juta)

Suku ke-3 2020 (Jul-Sept)
Maybank – RM1.95 bilion (suku sama tahun lepas: RM2.0b)
CIMB – RM194.4 juta (RM1.01b)
RHB Bank – Belum umum lagi
Public Bank – RM1.39 bilion (RM1.36b)
Alliance Bank – RM104 juta (RM115.4 juta)
Hong Leong Bank – RM728.9 juta (RM688.6 juta)
Ambank – Belum umum lagi
Affin Bank RM48.7 juta (RM72.4 juta)
Bank Islam Belum umum lagi

Bank mana yang rugi?

Sebab itu, kami harap bank-bank tidak merumitkan permohonan peminjam dan Menteri Kewangan PN akan tunaikan janji pada UMNO/BN pada hari Khamis untuk bank memberi kelulusan automatik kepada peminjam B40/M40/SME yang memohon lanjutan moratorium.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157518770410952/

Leave a Reply