Bukan mudah untuk memimpin negara. Lebih-lebih lagi apabila rakyat hidup…

By Wednesday July 7th, 2021 No Comments

Bukan mudah untuk memimpin negara.

Lebih-lebih lagi apabila rakyat hidup susah.

Kemiskinan yang dihadapi berulang bagaikan kitaran.

Dekad demi dekad, generasi demi generasi.

Ada yang berhijrah ke bandar untuk dapatkan pekerjaan yang lebih baik tetapi ramai juga yang menghadapi isu sama.

Jadi apakah penyelesaiannya?

Kerajaan dan pemimpin.

Hanya dengan kerajaan yang benar-benar memahami kesusahan rakyat.

Hanya dengan pemimpin yang mampu melaksanakan perancangan ekonomi yang rapi.

Hanya begini rakyat dapat meningkatkan taraf hidup atau sekurang-kurangnya diringankan beban.

Salah satu kejayaan besar Barisan Nasional dan juga hasil peninggalan arwah ayahanda saya ialah FELDA.

FELDA membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup ramai ratusan ribu keluarga peneroka.

Sudah tentu, ia juga memerlukan usaha berterusan daripada peneroka sendiri.

Apa yang arwah ayahanda dan kerajaan dahulu wujudkan ialah perancangan ekonomi dan peluang untuk rakyat.

Hasil daripada FELDA, kita dapat lihat ramai anak-anak yang berjaya hari ini juga.

Di kalangan golongan profesional, penjawat awam, dan usahawan sektor swasta, ada anak-anak FELDA.

Dan pada masa yang sama, hasil FELDA terus dapat dinikmati oleh peneroka dan generasi-generasi baru anak-anak FELDA.

Prinsip yang sama diteruskan pada masa Barisan Nasional kerajaan dan saya Perdana Menteri.

Dari semasa ke semasa, bantuan khusus dan pemberian khas disediakan untuk warga FELDA dan rakyat yang memerlukan.

Fokus utama pentadbiran adalah berdasarkan kepada keperluan dan kebajikan rakyat, ataupun “needs-based policy”, selain perancangan pertumbuhan ekonomi yang stabil.

Rakyat kroni saya.

Dasar-dasar yang diperkenalkan terutamanya bantuan untuk rakyat, kekal digunakan sehingga hari ini.

Yang berubah, hanya penjenamaan semula dasar-dasar ekonomi dan bantuan BN.

Tidak kiralah kerajaan PH atau PN.

Malang sekali, hanya penjenamaan semula sahaja yang ada dan dikatakan “baru”.

Kita tidak ada lagi perancangan ekonomi sebagaimana dahulu.

Kita tidak ada lagi bantuan menyeluruh yang wajib mengikut keperluan rakyat semasa. Malah ada “bantuan” yang diberikan hari ini, membebankan rakyat di lain hari.

Kita tidak ada lagi kestabilan dan halatuju yang amat penting kepada negara.

Jadi di mana isunya?

Isunya juga penyelesaiannya.

Kerajaan dan pemimpin.

Kepada semua peneroka FELDA, warga FELDA dan generasi-generasi FELDA, Selamat Hari Peneroka Felda 2021.

Saya berharap semua dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dirahmati.

Semoga kita dapat bertemu lagi dan sama-sama meraikan kejayaan peneroka serta generasi-generasi FELDA.

Satu hari nanti, InsyaAllah.

(Gambar 2018 bersama peneroka FELDA)



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157994346145952/

Leave a Reply