Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Buang masa betul si Guan Eng dengan DAP ni nak gaduh-gaduh dengan Speaker... - Najib Razak

Buang masa betul si Guan Eng dengan DAP ni nak gaduh-gaduh dengan Speaker…

By Saturday June 19th, 2021 No Comments

Buang masa betul si Guan Eng dengan DAP ni nak gaduh-gaduh dengan Speaker parlimen kenapa nama mereka tidak ada dalam Jawatankuasa untuk kaji parlimen hibrid.

YDP Agong dan Raja-Raja Melayu titah untuk parlimen sambung secepat mungkin.

YDP Agong dan Raja-Raja Melayu tak titah untuk korang pergi kaji nak buat parlimen hibrid ke tidak.

Dilantik dalam jawatankuasa kaji parlimen hibrid ada elaun ke apa?

Jika jutaan pekerja kilang yang belum divaksin terpaksa bekerja tiap-tiap hari dalam tempoh Lockdown ini, tiada sebab 220 ahli parlimen yang telah selesai divaksin takut untuk hadir parlimen melainkan korang percaya vaksin tak berkesan.

Pada hari terakhir parlimen bersidang pada 15 Disember lalu, jumlah kes baharu hari itu sudah sebanyak 1,772.

Masa itu saya tak tengok korang takut pun walaupun belum dicucuk setitik vaksin.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157961743495952/

Leave a Reply