News_archive

Brunei Mahu Melabur Di Malaysia

By Thursday April 30th, 2009 No Comments

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah menjemput ahli perniagaan Brunei untuk melabur di Malaysia, khususnya di Koridor Pembangunan Sabah (SDA), Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) dan Iskandar Malaysia di Johor.
 
Perdana Menteri berkata ini sejajar dengan minat Brunei untuk melabur di Malaysia seperti yang disampaikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, semasa pertemuan empat mata mereka di sini semalam.
 
Bercakap di satu majlis sarapan pagi dengan komuniti Malaysia di sini hari ini, Najib berkata, pada masa ini, para pelabur Brunei, melalui agensi pelaburan negara itu, sedang meninjau projek hotel ikon di Kuala Lumpur.
 
“Saya melihat ini sebagai satu peluang untuk menunjukkan hubungan kita kian meningkat ke paras yang lebih tinggi,” katanya.
 
Katanya lebih ramai Menteri Malaysia akan melawat Brunei yang bukan sahaja untuk memupuk hubungan dua hala, malah untuk membuat susulan kepada apa yang telah dibincangkan di pertemuan itu.
 
“Kita mahu hubungan mesra itu dihayati di dalam kehidupan harian rakyat kedua-dua buah negara,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply