Boleh bagi saya 5 minit? Saya perkenalkan. Saudari di sebelah saya ini…

By Thursday September 24th, 2020 No Comments

Boleh bagi saya 5 minit?

Saya perkenalkan.

Saudari di sebelah saya ini namanya Hazulizah Mohd Dani.

Hari ini, saudari Hazulizah calon BN di DUN Sekong.

Orang sini juga panggil dia dengan nama Cicil.

Salah seorang daripada calon-calon wanita yang kita kemukakan kepada pengundi di Sabah.

Orang muda Sabah ini anak jati Batu Sapi. Seumur hidupnya di sini dan amat kenal selok-belok serta masyarakat setempat.

Hazulizah juga mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Malaysia Sabah.

Jangan lihat dia kecil molek muda-muda begini.

Saya dimaklumkan calon BN kita ini mempunyai kepakaran dalam bidang sejarah, perangkaan dan komunikasi juga.

Ya.

Seorang wanita muda, berpendidikan tinggi (sijil dia ori ye!), dan lebih penting lagi, anak jati Batu Sapi.

Jika kita tidak beri peluang kepadanya, saya percaya DUN Sekong mungkin kehilangan seorang yang berpotensi dan berwibawa.

Saya menyeru kepada semua penduduk dan pengundi DUN Sekong.

Sokonglah calon wanita muda berpengalaman BN kita, saudari Hazulizah.

Saya yakin dia akan dapat menjadi suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri dan pentas politik Sabah.

Berikanlah peluang kepada BN di DUN Sekong.

Menangkanlah semua calon wanita BN di PRN Sabah ini!



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157379163880952/

Leave a Reply