BNM baharu keluarkan ringkasan penambahan hutang domestik bagi tahun 2021…

By Wednesday July 7th, 2021 No Comments

BNM baharu keluarkan ringkasan penambahan hutang domestik bagi tahun 2021 setakat akhir bulan Julai.

Pada pengiraan saya, hutang keseluruhan kerajaan telah naik ke RM950.3 bilion pada akhir suku-2 (Jun) 2021.

Bertambah RM70.6 bilion dalam tempoh 6 bulan berbanding RM879.6b pada akhir tahun 2020 – tidak termasuk duit RM5b hasil korek tabung KWAN atau dana asing RM10b dipinjam Petronas dan Khazanah pada bulan April.

Penambahan RM70.6 bilion dan jumlah hutang RM950.3b setakat 6 bulan pertama ini juga bermaksud peluang negara benar-benar mencapai hutang negara sebanyak RM1 trilion pada tahun ini amat cerah.

(Lebih pelik ialah perbelanjaan bantuan tambahan kerajaan dalam pakej PEMERKASA, PEMERKASA PLUS dan PEMULIH cuma RM26 bilion sahaja. Bakinya dari RM70.6b itu entah sudah ke mana)

Jauh berbeza dengan jumlah hutang RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 ditinggal BN.

Najib naikkan hutang negara sekitar RM300b dalam tempoh 9 tahun di mana kekayaan negara naik dari RM800b ke RM2 trilion biarpun kita menghadapi dua krisis besar – iaitu krisis Great Recession tahun 2008-2010 dan krisis kejatuhan harga minyak dunia 2014-2016.

Tapi hutang negara naik lebih RM300b dalam tempoh 3 tahun sahaja pada ketika nilai kekayaan dan aset negara jatuh pula selepas PRU14.

Jadi, ke mana perginya mereka yang pernah tuduh Najib asyik meminjam dan telah bankrapkan negara?

Mana Tun Mahathir? Mana Kit Siang? Mana Guan Eng?

Mat Sabu, kamu di mana?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157994706685952/

Leave a Reply