News_archive

BN tak hantar sesiapa berkempen di Penanti: Najib

By Friday May 22nd, 2009 No Comments

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak menegaskan Barisan Nasional (BN) tiada kaitan dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei ini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata sehubungan itu BN tidak akan menghantar sesiapa berkempen pada pilihan raya berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, petang ini.

Pilihan raya Penanti menyaksikan pertandinga empat penjuru membabitkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertembung dengan tiga calon Bebas.

Penamaan calon berjalan pagi tadi dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan lapan hari berkempen mulai hari ini.

Isnin lalu, BN mengumumkan tidak bertanding bagi merebut kerusi berkenaan.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply