Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
BN Masih Mampu Tadbir Negara Tidak Perlukan Kerajaan Perpaduan: Najib - Najib Razak
News_archive

BN Masih Mampu Tadbir Negara Tidak Perlukan Kerajaan Perpaduan: Najib

By Sunday June 21st, 2009 No Comments

PUTRAJAYA, 22 Jun (Bernama) — Kerajaan Barisan Nasional masih berupaya mentadbir negara dan tak memerlukan sebuah “kerajaan perpaduan”, kata Datuk Seri Najib Tun Razak, isnin.

Ketika diminta mengulas keputusan Pas, DAP dan Parti Keadilan Raykat hari ini untuk menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu, Perdana Menteri berkata kerajaan BN adalah kukuh dan mampu melaksanakan program pembangunannya.

“Tidak timbul soal kerajaan BN lemah sehingga perlukan kerajaan perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketua-ketua Perwakilan Malaysia di luar negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan itu ditimbulkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan menurut Najib, reaksi kerajaan terhadap cadangan itu adalah sekadar memberikan respon positif.

Najib berkata kerajaan memberikan respon yang positif terhadap cadangan itu kerana menganggap ianya sesuatu yang baik untuk negara.

“Kita masih tetap dengan pendirian kita, sesuatu yang baik untuk negara mestilah diusahakan bersama walaupun mereka datang daripada parti pembangkang,” katanya.

Ketika ditanya sama ada penolakan oleh pakatan pembangkang itu akan merugikan orang Melayu, Najib berkata : “Saya rasa tidak. Saya harap mereka menimbang dengan betul apa saja yang mereka buat. Kita pula tidak akan terbawa-bawa dengan persoalan sama ada perbincangan ini diadakan atau pun tidak.

“Apa yang penting ialah kita tangani dengan baik perbezaan kita dan sentiasa mengutamakan kepentingan negara.”

Kepada soalan sama ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan ini akan diadakan di masa hadapan, Perdana Menteri berkata bahawa dalam politik, apa saja boleh berlaku.

Sumber : Bernama

Leave a Reply