News_archive

BN Kota Janji Bantu Kurangkan Beban Rakyat

By Monday January 23rd, 2012 No Comments

HUTAN MELINTANG, 23 Jan (Bernama) — Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengotakan janji sejak memerintah negara selepas merdeka membantu rakyat dalam mengurangkan beban perbelanjaan harian mereka yang semakin meningkat.

Selain itu, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bantuan seperti BR1M bertujuan memberi peluang kepada keluarga golongan miskin memajukan diri sendiri.

Beliau menyangkal anggapan yang mengatakan kerajaan BN bersungguh-sungguh membantu rakyat ketika hampir pilihanraya termasuk melaksanakan skim BR1M dengan tujuan untuk memancing undi.

“Sebaliknya ia merupakan usaha berterusan kerajaan membantu rakyat berpendapatan rendah sebelum dan selepas pilihanraya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar BR1M berjumlah RM500,000 kepada 1,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang, di Wisma Umno Bahagian Bagan Datoh, di sini.

“Rakyat wajar berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengilhamkan idea bantuan tersebut semata-mata kerana sikap prihatin beliau terhadap rakyat miskin terutama di kawasan luar Bandar,” katanya.

Setakat ini seramai 4,000 penduduk di kawasan Parlimen Bagan Datoh sudah menerima baucar BR1M bernilai RM2 juta daripada kerajaan.

Kira-kira 6,000 penduduk di kawasan Parlimen yang sama layak menerima baucar BR1M bernilai RM3 juta apabila permohonan mereka diluluskan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas diproses.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan BN akan terus membantu rakyat melepasi belenggu kemiskinan sekiranya diberi mandat semula memerintah negara.

Sumber : Bernama

Leave a Reply