News_archive

BN Akan Buat Pelarasan Pembahagian Kerusi Pilihan Raya – Najib

By Sunday October 16th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan memulakan proses pelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya yang kini digunapakai bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata pelarasan tersebut perlu untuk menyesuaikan dengan keadaan setempat sama ada telah berlaku perubahan politik dinamik.

“Formula pembahagian kerusi dibuat pada 2004 dan dipakai pada 2008. PRU ini kita kena tengok sama ada berlaku perubahan politik dinamik yang menyebabkan kita perlu pelarasan.

“Kita akan runding dengan pemimpin-pemimpin parti BN untuk mencari formula terbaik pembahagian kerusi,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan ke-40 di Menara PGRM di sini, hari ini.

Katanya semua pemimpin parti-parti komponen BN pada asas dan semangatnya bersetuju untuk bertolak ansur dan beliau akan berunding dengan pemimpin-pemimpin parti komponen itu bagi mencari formula baru terbaik itu.

Sumber : Bernama

Leave a Reply