Blog

Sticker Tahun Melawat Malaysia 2020

By Wednesday December 5th, 2018 No Comments

Saya ada tengok klip video jawapan Menteri Pelancongan PH semalam.

Saudara-saudari, sila cari sendiri jika mahu tonton.

Soalan Parlimen:
“Apakah cara kerajaan PH untuk mencapai sasaran 26 juta pelancong ke Malaysia untuk tahun ini?”

Jawapan Menteri Pelancongan PH (dengan penuh bangga dan konfiden):
“Kita letak sticker (pelekat) “Tahun Melawat Malaysia 2020″. Ini cara Menteri Pakatan Harapan untuk membuat pasaran yang tinggi untuk Malaysia.”

Bagus jawapan ini.

Rakyat perlu beri sokongan tidak berbahagi untuk menampal sticker di merata-rata terutama mereka yang sangat mahir dalam bidang ini seperti golongan “Ah Long”.

Maka, bertambah risau kami kerana sasaran untuk tahun ini sudahpun diturunkan olleh kerjaan PH baru-baru ini dari 33 juta orang pelawat kepada 26 juta: https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155741241570952/

Saya risau sasaran yang sudah diturunkan dengan banyak ini tidak juga dicapai.

Leave a Reply