Blog

RON95 akan jatuh kepada RM1.50

By Monday December 10th, 2018 No Comments

Siapa yang pernah termakan janji palsu mereka dan pernah berharap bahawa PH akan kurangkan harga petrol dan harga petrol RON95 akan jatuh kepada RM1.50 satu liter, bolehlah berhenti berharap sekarang.

Pagi tadi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan harga RON95 yang kini RM2.20 akan naik pada suku kedua.

Tetapi berita baik ialah, menteri KPDNHEP kata kenaikkan ini ialah dengan “berdikit-dikit”.

“Katakanlah pada hari pertama pelaksanaan nanti, perbezaan harganya 30 sen. Itu kita tidak mahu berlaku. Walaupun harus berlaku kenaikan 30 sen, ia harus dilakukan secara berdikit-dikit dalam satu tempoh antara enam ke lapan bulan.” kata Menteri.

Maka, berdikit-dikit harga RON95 menjadi RM2.50 satu liter.

Maka, rakyat perlu mengeluarkan tuala good morning mereka (yang kena SST 10%) untuk lap dengan cara berdikit-dikit juga.

https://www.bharian.com.my/…/kerajaan-pastikan-margin-harga…

Leave a Reply