Blog

REIT akan digunakan sebagai cara untuk menjual hospital awam

By Thursday December 6th, 2018 No Comments

Hari itu, saya menjelaskan bagaimana REIT ialah cara licik untuk kerajaan menjual aset.

Oleh kerana pulangan kepada pelabur swasta untuk melabur dalam REIT adalah lebih tinggi berbanding pinjaman kerajaan,m maka kos untuk membayar dividen lebih tinggi setiap tahun ini akhirnya akan ditanggung oleh rakyat juga.

Hari itu, saya menulis tentang REIT Lapangan Terbang yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan di dalam belanjawan 2019 di mana lapangan-lapangan terbang dan tanya milik kerajaan bernilai RM13.3 bilion akan dijual manakala cukai penerbangan tahun depan akan naik sebanyak RM40 se-orang.

Saya juga menulis bahawa rancangan REIT yang sama akan melibatkan bangunan dan tanah hospital awam dan stesen keretapi milik kerajaan tidak lama lagi.

Ada yang mempertikaikan.

Ini ialah buktinya REIT akan digunakan sebagai cara untuk menjual hospital awam – dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan PH sendiri.

Ada juga yang memberi komen hari itu bahawa REIT untuk hospital bukan perkara baru kerana Singapura sudah ada 3 REIT berasingan untuk hospital-hospital mereka

Betul. Singapura memang ada 3 REIT. Tetapi ini semua untuk hospital-hospital swasta mereka.

Caj untuk hospital awam dan swasta di Singapura murah sangat ke? Malaysia patut ikut?

Dari mana hospital-hospital kerajaan akan menjana hasil untuk membayar dividen REIT yang lebih tinggi kepada pelabur-pelabur swasta?

Selepas hospital-hospital swasta IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah Nasional kepada Jepun minggu lepas, kini giliran untuk hospital-hospital kerajaan kita.

Leave a Reply