Blog

Pulau Batu Putih

By Thursday December 6th, 2018 No Comments

Ada juga yang tidak dapat menerima kenyataan dan masih mempertikaikan penjelasan saya semalam mengenai isu tanah Tanjong Pagar di Singapura.

Baik. Kita pinjam mesin masa dari pihak sebelah untuk seketika kerana Internet tidak lupa.

Ini dari laporan berita tempatan pada awal tahun 1998 di mana ianya jelas merujuk kepada perjanjian Malaysia dengan Singapura tahun 1990 untuk memajukan tanah KTM bersama dengan Singapura. Boleh baca di sinihttps://bit.ly/2Ei8dwd

Sebenarnya, tidak susah jika saudara-saudari ingin mencari kebenaran mengenai perjanjian ini. Cuma perlu Google dengan frasa “Malaysia–Singapore Points of Agreement of 1990”.

Saya juga tengok ada komen-komen yang menyalahkan saya sebagai orang yang gagal mempertahankan, menyerah ataupun telah menjual Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Laporan berita tahun 1998 ini juga jelas menunjukkan bahawa keputusan untuk merujuk isu Pulau Batu Putih (di panggil Pedra Branca di Singapura) kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ialah keputusan PM ke-4.

Lalu, Malaysia kalah dalam kes ini di mana ICJ telah memutuskan bahawa Pulau Batu Putih ialah milik Singapura pada bulan Mei 2008, iaitu sebelum saya menjadi Perdana Menteri pada April 2009.

Di bawah pentadbiran saya, kita telah membuat penyelidikan dan berjaya mendapat bukti-bukti yang baru untuk menyaman semula kes ini di ICJ.

Hasil dari ini, kita kemukan dua saman baru kepada ICJ pada tahun 2017 untuk mendapat semula Pulau Batu Putih.

Kes-kes baru ini tidak sempat didengar di ICJ tetapi peguam negara baru kita di bawah kerajaan PH telah tiba-tiba menghentikan saman-saman ini pada akhir bulan Mei iaitu sebaik sahaja mereka menang PRU14.

Singapura dengan gembira telah serta-merta mengumumkan mereka berjaya untuk mempertahankan Pulau Batu Putih.

“Singapore is “happy to agree” with Malaysia’s request to discontinue the cases it filed in 2017 with the International Court of Justice.”

Saya pelik.

Seperti isu Tanjong Pagar, saya di tuduh sebagai orang yang bersalah dan bertanggungjawab dalam isu Pulau Batu Putih walaupun saya pula ialah orang yang cuba menyelesaikan masalah-masalah legasi ini untuk mendapat solusi terbaik untuk negara.

Leave a Reply