Blog

Propaganda hutang negara RM1 trilion

By Wednesday December 19th, 2018 No Comments

Saya perhatikan masih ada yang percaya hutang kerajaan kita ialah RM1 trilion.

Oleh itu, saya kongsi semula jawapan bertulis rasmi parlimen dari menteri kewangan kita pada bulan Oktober yang mengesahkan hutang RM1 trilion ini termasuk termasuk pembayaran pajakan (ataupun liabiliti) sehingga tahun 2045.

Yang mempertahankan propaganda RM1 trilion ini PH akan menjawab hutang rasmi kerajaan perlu di campur dengan liabiliti kerana liabiliti kerajaan juga perlu bayar.

“Ini baru betul,” mereka kata.

Bagus.

Saya nak tanya, ada tak negara lain di dunia yang umumkan dan gunakan hutang dan liabiliti sebagai hutang rasmi negara?

Takkan negara-negara lain di dunia tak ada liabiliti ataupun pajakan?

Takkan Malaysia sahaja negara di dunia yang menggunakan kaedah pengiraan ini?

Lencun, oh lencun.

Propaganda hutang negara RM1 trilion merupakan alasan yang terbaik bagi kerajaan PH untuk mengelak dari menepati janji-janji manifesto dan untuk menjual aset-aset negara.

Leave a Reply