Blog

Pembohongan Guan Eng bahawa BN tinggalkan hanya RM450 juta

By Thursday December 20th, 2018 No Comments

Guan Eng masih bertegas bahawa kerajaan BN hanya meninggalkan wang RM450 juta untuk dia.

Individu yang ada akaun semasa dan akaun simpanan akan menyimpan duit berlebihan di dalam akaun simpanan ataupun simpanan tetap kerana boleh menerima faedah manakala akaun semasa tidak ada.

Syarikat-syarikat juga menyimpan duit dari akaun semasa di dalam simpanan tetap jangka pendek dan di dalam Repurchase agreement (atau sering digelar REPO) dengan bank yang merupakan pelaburan jangka pendek yang memberi faedah.

Begitu juga dengan kerajaan.

Sebenarnya jumlah Akaun Hasil Disatukan juga termasuk wang tunai yang diletak dalam bentuk simpanan tetap jangka pendek (short-term FD) dengan BNM.

Wang ini boleh dikeluarkan serta-merta untuk kegunaan kerajaan pada bila-bila masa.

Jumlah wang tunai ini naik dari RM7 bilion pada akhir bulan Disember 2017 kepada RM10 bilion pada akhir bulan April 2018  – bermakna wang tunai untuk akhir bulan April 2018 bukan hanya RM450 juta sahaja.

Kita bernasib baik kerana data-data ini masih dilaporkan oleh BNM dalam laman rasmi mereka.

Jika tidak, kita semua juga ditipu lagi.

Saya telah menjawab pembohongan Guan Eng ini beberapa bulan dahulu tetapi dia tidak menjawab.

Saya jangka dia akan terus tidak menjawab tentang kewujudan baki simpanan tetap jangka pendek kerajaan dengan BNM ini dan akan mengulangi pembohongan ini.

Kalau manifesto PRU14 yang di tulis secara hitam putih masih mereka boleh terus berbohong dan berdolak dalik, apa lagi yang PH tidak mampu menipu?

Leave a Reply