Blog

Mengapa Khazanah melepaskan IHH Berhad kepada Jepun

By Friday December 7th, 2018 No Comments

Bulan Ogos dulu, kecoh satu Malaysia apabila Azmin mendedahkan bahawa Khazanah pernah rugi RM80 juta apabila melabur di dalam sebuah syarikat pakaian dalam di India.

Yang peliknya ialah sudah hampir dua minggu, Azmin masih membisu dan tidak menjawab mengapa Khazanah telah melepaskan IHH Berhad kepada Jepun.

Yang RM80 juta, Azmin lantang bersuara dengan bangga. Yang RM8.42 bilion itu dia menikus – sehingga syarikat rangkaian hospital kedua besar di dunia yang pesat membangun telah beralih dari syarikat Malaysia kepada syarikat milik Jepun.

Satu-satunya syarikat MNC bertaraf global yang dimilik Malaysia telah hilang begitu sahaja.

Hospital-hospital Pantai dan Gleaneagles tidak lagi boleh digelar sebagai hospital Malaysia.

Selain Guan Eng yang cepat mencuci tangan dengan berkata ini bukan keputusan dia, tidak ada seorang pemimpin kerajaan PH berani tampil ke depan untuk menjelaskan.

Adakah isu pakaian dalam lebih penting? Syarikat rangkaian hospital swasta bertaraf dunia yang bernilai RM50 bilion boring sangat ke?

Leave a Reply