Blog

Lim Guan Eng mengaku harga barang naik selepas SST

By Saturday September 22nd, 2018 No Comments

Akhirnya, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengakui bahawa ada harga barang turut naik selepas cukai SST dilaksanakan walaupun pembantunya Tony Pua pernah bertegas di Parlimen bahawa harga barang akan turun dengan SST.

Guan Eng kini berkata SST bukan sebab utama untuk kenaikan harga barang tetapi banyak faktor-faktor lain seperti barang diimport, penyusutan nilai ringgit, musim perayaan, kegiatan penyeludupan, kemarau di negara pengeluar selain sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan.

Dahulu, beliau berulangkali kata punca harga barang naik ialah kerana GST. Malah, beliau turut menyanyi lagu mengenai GST bersama kanak-kanak.

Kini dia kata pula harga barang naik bukan kerana SST tetapi disebabkan oleh banyak faktor-faktor lain. Mungkin akan ada lagu SST juga selepas ini?

Leave a Reply