Blog

Lim Guan Eng Membisu

By Tuesday September 18th, 2018 No Comments

Sudah hampir dua minggu selepas Menteri Kewangan mendakwa baki Akaun Hasil Disatukan kerajaan hanya RM450 juta pada akhir April 2018.

Saya telah menjawab tuduhan Guan Eng itu dengan memberi banyak sebab mengapa dakwaan itu adalah mustahil.

Malangnya, sehingga kini, Guan Eng tidak pernah menyebut lagi perkara ini ataupun menjawab dengan maklumat lebih terperinci.

Saya juga menanti jawapan beliau mengapa tidak mengadakan RCI untuk ‘kehilangan’ dana RM35 bilion wang Input GST dan LHDN.

Tambahannya, saya juga masih menunggu beliau dan kerajaan PH untuk memberi bukti mengapa mereka berulangkali mendakwa bahawa kos sebenar ECRL hanya RM30 bilion. Kertas cadangan mana dan dari tahun mana tercatat kos RM30 bilion ini?

Jangan cuma menuduh semata-mata untuk memburukkan saya dan kerajaan BN dulu tanpa memberi bukti.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.10151787553305952/10155571332040952/

Leave a Reply