Blog

Klinik 1Malaysia ditutup

By Thursday December 13th, 2018 No Comments

Siapa pernah pergi Klinik 1Malaysia?

Kerajaan sekarang nak tutup Klinik 1Malaysia. Katanya sebab tidak kos efektif.

Maknanya kerajaan rugi sebab Klinik 1Malaysia. Boleh terima alasan ini?

Mereka ingat ini bisnes atau apa?

Kalau macam ini, saya amat risau dengan Klinik Bergerak, Balai Polis, Balai Bomba, lampu jalan dan perkhidmatan Kerajaan lain terutamanya di kawasan pedalaman.

Semuanya tidak kos efektif. Buat apa kita nak buka lagi? Tutup saja lah semuanya.

Perkhidmatan kerajaan untuk rakyat tidak sepatutnya mengambil kira untung rugi.

Kita fikirkan kebajikan dan keperluan rakyat.

Hari ini di seluruh Malaysia ada kira-kira 246 Klinik 1Malaysia.

Di hampir setiap bandar dan pekan, ada perkhidmatan kesihatan RM1 ini. Dari semasa ke semasa, saya tambahkan dan buka lebih banyak.

Kalau dulu rakyat perlu berjalan jauh sampai ke Klinik Kesihatan atau Hospital Awam untuk dapatkan rawatan.

Dengan Klinik 1Malaysia, kita bawa perkhidmatan yang asas lebih dekat kepada perumahan rakyat.

Saya juga mempertimbangkan kos sara hidup rakyat pada masa itu dan tidak mahu rakyat terbeban dengan kos perubatan sektor swasta hanya untuk rawatan asas, ada yang mencecah hampir RM100.

Salahkah apa yang saya buat dulu?

Sepatutnya Kerajaan hari ini mampu buat lebih banyak berbanding masa saya sebab sudah menjarah berpuluh bilion dari rizab Petronas.

Malah ada yang dengan bangganya umumkan bahawa peruntukan RM29 bilion dalam Belanjawan 2019 adalah yang tertinggi pernah diterima Kementerian Kesihatan sepanjang sejarah belanjawan negara.

Jadi mengapa ini berlaku?

Tutuplah. Tutup semua.

Leave a Reply