Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kit Siang enggan mengaku RM2.6b telah dipulang - Najib Razak
Blog

Kit Siang enggan mengaku RM2.6b telah dipulang

By Wednesday September 12th, 2018 No Comments

Yang Berhormat Lim Kit Siang adalah ketua DAP, bapa kepada menteri kewangan dan sudah berkecimpung dalam politik lebih 50 tahun.

Tetapi nampaknya, beliau langsung bukan seorang yang jujur.

Semalam saya cabar Kit Siang untuk “mengakui yang saya sudah kembalikan sebahagian besar atau semua RM2.6b tetapi fakta itu sengaja disembunyikan oleh pihak Pakatan.”

Pagi ini beliau mengeluarkan kenyataan akhbar mengatakan saya biadap untuk mencabar beliau untuk mengakui yang RM2.6b ini adalah dari penderma Arab.

Lain saya cabar, lain dia tulis – malah tulis “put words into my mouth”.

Ini bukti kukuh dan juga amaran yang kita mesti berhati-hati dengan kenyataan dari ahli-ahli DAP pada masa depan.

Kalau Kit Siang enggan mahu mengaku yang dia tahu bahawa saya sudah kembalikan RM2.6b itu dan tetap dengan persepsi serta tuduhan kononnya saya mencuri, merompak atau menyamun RM2.6b ini dan simpan dalam poket saya; tidak perlulah beliau mahu secara terang menipu seperti ini.

Kita biarkan dahulu jika Kit Siang tidak mahu mengaku. Saya akan kemukakan bukti dokumen dan saya akan tanya dia lagi.

Leave a Reply