Blog

Kerajaan PH kata kadar pengangguran terlalu rendah pada 3.4%

By Tuesday December 4th, 2018 No Comments

Saya terhibur mendengar jawapan Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran ketika ditanya di Dewan Negara jika PH akan memenuhi janji manifesto mereka untuk mewujudkan 1 juta pekerjaan baru dengan gaji minima RM2,500 sebulan.

Menteri jawab, tentu mereka akan tepati janji ini.

Tetapi masalah paling besar janji ini tidak dapat ditunaikan sekarang ialah bilangan mereka yang tidak ada kerja sangat kurang. Kadar pengangguran terlalu rendah pada tahap 3.4%.

Orang yang menganggur tidak cukup. Oleh itu PH tidak dapat tepati janji.

Agak berbeza dengan laungan mereka sebelum PRU14 bahawa ramai yang menganggur, dalam kesusahan, hidup melarat, kais pagi makan pagi dan ekonomi sudah hancur lebur.

Boleh tonton jawapan MenteriĀ di sini.

Selamat malam, Malaysia.

Esok pagi, Good Morning.

Leave a Reply