Blog

Kerajaan PH gagal mansuhkan PTPTN

By Friday December 14th, 2018 No Comments

Kerajaan PH umum mereka perlu masa tambahan sampai 1 tahun lagi untuk buat kajian mencari kaedah pembayaran PTPTN baru.

Kaji. U-turn. Kaji. U-turn. Kaji. U-turn. Kini kaji setahun lagi.

Tak mustahil sampai masa PRU15 tiba pun, PH masih gagal cari penyelesaian.

Lebih baik PH mengaku saja mereka telah gagal untuk mansuhkan PTPTN dan semua peminjam tidak perlu bayar lagi.

Gagal juga untuk tunaikan janji yang RM4,000 ke bawah tidak perlu bayar.

Sebagai tanda mohon maaf, hadiahkanlah sehelai tuala Good Morning kepada setiap peminjam.

Seperti yang saya kata hari itu…

Kalau dah tak boleh tunai janji manifesto atau beri pendidikan percuma, sekurang-kurangnya copy and paste apa BN buat dahulu.

Leave a Reply