Blog

Keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

By Wednesday December 19th, 2018 No Comments

Keputusan Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menyerahkan kepimpinan parti kepada Timbalan Presiden jelas adalah satu tindakan mulia yang mementingkan parti melangkaui kepentingan peribadinya.

Sebagai presiden yang dipilih secara demokratik oleh parti, ini ialah satu pengorbanan peribadi yang besar dan bukan satu langkah yang mudah untuk beliau ambil.

Pun begitu, saya juga yakin dengan Tok Mat Hassan yang akan menyandang tugas-tugas presiden parti.

Beliau memiliki visi, kepimpinan dan kepercayaan pemimpin dan ahli parti untuk menstabilkan serta bina semula UMNO.

Sejak minggu lalu juga, ramai pemimpin dan ahli-ahli UMNO meminta saya untuk mengambil kembali kepimpiman UMNO ataupun menjadi ketua umum parti.

Saya ucapkan terima kasih di atas kepercayaan itu namun saya tidak berniat atau berhasrat untuk menjadi ketua umum parti.

Seperti yang saya telah jelaskan sebelum ini, keutamaan saya masa ini adalah untuk membersihkan nama saya di dalam dakwaan-dakwaan undang-undang yang sedang saya hadapi; terus menyuarakan kepentingan rakyat; mempertengahkan masalah rakyat dan memberi penjelasan tentang isu-isu yang ada kesan kepada rakyat dan negara.

Walau bagaimanapun, saya sentiasa sedia memberi pertolongan dan sokongan penuh kepada Tok Mat Hassan dan barisan pemimpin UMNO jika ada permintaan atau keperluan dari mereka.

Leave a Reply