Blog

Indeks utama Bursa Saham jatuh

By Tuesday December 18th, 2018 No Comments

Pagi ini, indeks utama Bursa Saham jatuh 14.3 mata lagi kepada 1,627.28 setelah jatuh lebih dari 20 mata semalam.

Ia berada pada tahap tertinggi 1,896 mata sebelum PRU14, tetapi kini indeks telah jatuh sebanyak 268 mata ataupun 15%.

Indeks 1,896 mata juga adalah tahap paling tinggi dalam sejarah berjaya dicapai Bursa kita.

Indeks utama ini hanya melambangkan 30 syarikat saham wajaran tertinggi ataupun paling bernilai di Bursa Malaysia, iaitu yang sering digelar sebagai blue chip.

Lebih membimbangkan ialah kejatuhan untuk saham-saham lain di Bursa Malaysia.

Indeks untuk saham-saham bermodal kecil yang dipanggil “Bursa Malaysia Small Cap Index” jatuh kepada 11,192 mata berbanding 17,720 mata sebelum PRU14.

Ini ialah kejatuhan 37% untuk tahun ini – berbanding kenaikan 14% pada tahun lepas.

Saham-saham bermodal sederhana ataupun “mid-caps” juga mengalami kejatuhan 24% untuk tahun ini.

Secara keseluruhan, nilai semua saham-saham di Bursa Malaysia (total market capitalization) telah jatuh sebanyak RM300 bilion sejak PRU14.

Selain memberi kesan teruk kepada nilai pelaburan KWSP, PNB, Tabung Haji dan unit trust swasta, tentu ada ramai lagi yang melabur secara peribadi sedang mengalami kerugian agak besar – termasuk mereka yang membaca tulisan saya ini.

Saya juga membaca bahawa aktiviti IPO ataupun penyenaraian syarikat baru di Bursa Malaysia dalam tahun ini adalah paling rendah dalam sejarah, iaitu sejak 45 tahun dahulu.

Pasaran modal yang lemah pada masa ini akan memberi kesan kepada kegiatan dan pertumbuhan ekonomi kita untuk tahun-tahun akan datang.

Kerajaan PH perlu berusaha lebih keras untuk mengembalikan keyakinan pelabur-pelabur asing yang semakin hilang selepas PRU14.

Jangan selalu U-turn, salah titik perpuluhan ataupun mengeluarkan cerita dongeng bermotif politik tentang tahap kewangan negara.

Pelabur-pelabur bukan pengundi biasa yang senang ditipu oleh propaganda.

Leave a Reply